OBJEKTIF

OBJEKTIF ialah tujuan yang dicapai dalam masa yang singkat.


Di antara objektif-objektif Pusat Sumber Sekolah ialah :-

1. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat ;

2.Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran ;

3.Menawarkan khidmat runding dan nasihat ;

4.Membina program-program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

MATLAMAT

MATLAMAT ialah tujuan untuk perubahan tingkah laku atau
‘behaviour change’ dalam jangka masa panjang yang tidak
mungkin kita capai dengan sekelip mata atau dalam tempoh masa
yang singkat.

Dengan pengertian yang sama Matlamat Pusat Sumber boleh di
rumuskan sebagai :-
=> Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah
=>Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin
=>Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin
=>Memupuk kemahiran menggunakan bahan perpustakaan dengan berkesan di kalangan murid dan guru
=>Memupuk dan menanam kemahiran belajar di kalangan murid-murid agar mereka menjadi pelajar yang berdikari, matang dan berdisiplin.

MISI PSS

Untuk Menjana Penggunaan PSS Sekolah Perlu :

Pengurusaan perkhidmatan pusat sumber yang cemerlang

Membangunkan Pusat Sumber dengan baik

Menghasilkan dan mengumpulkan bahan dengan lebih aktif untuk pembelajaran dan pengajaran.

VISI

Menjana budaya membaca dan penggunaan bahan sumber pendidikan secara meluas dan berkesan
No posts.
No posts.